Bila boring takder benda nak fikir...
Speaking of which, tiba-tiba aku ter-imagine what if I was meant to be a spinster? Contohnya, aku sudah terlepas jodoh aku. Ataupun jodoh aku sudah menemui ajal nya sebelum sempat menemui aku, jodoh nya.Have to live this life alone everyday till the day I die? Hanya ditemani kucing kesayangan yang adalah sangat gemuk lagi manja serta pemalas? Adakah aku akan menjadi seperti Miranda dalam Sex And The City itu? She over fed the cat kerana sangat takut yang dia akan mati keseorangan. Ohh tidak! Aku akan mengambil seorang anak angkat yang secomel aku ( seperti didalam gambar kat dalam blog ini. Comel kan? Geram gila tengok muka budak 2 ekor nih!). Hehe.. Bila ada anak angkat, aku bolehlah bermain-main dengan si comel itu apabila pulang dari kerja. Dan aku boleh meniduri nya. Eh salah. Supaya dia boleh menemani aku tido setiap malam. Dan aku akan menyanyi atau membaca kan nya buku cerita sehingga kami berdua tertido. Ataupun aku akan mendengar setiap celoteh nya. Kanak-kanak kan suka bercerita dan sangat suka merepek repek. (Ke dia yang kena dengar masalah-masalah aku setiap malam?). *sigh*
Atau apakah akan jadi kalau aku telah berkahwin dan tidak mempunyai anak kandung? Adakah ini bermakna suami aku akan berkahwin lain dan menceraikan aku? Atau aku akan mendapat madu? Atau dia akan berkahwin secara senyap2 tanpa pengetahuan aku? hmmm.... Hairan. Kenapa aku berfikiran sedemikian rupa? entahlah.................

